Piala Malaysia:Shabery Minta Penyokong Terengganu-Negeri Sembilan Bersikap Profesional

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Peminat dan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertarung dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini diminta menjadi penonton yang profesional.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata penyokong kedua-dua pasukan itu tidak seharusnya membuat kacau seperti membakar mercun dan melempar botol air.

"Saya bimbang sekiranya trend ini berlaku dalam negara kita, kemungkinan apabila kita berhadapan dengan negara-negara lain, permainan akan dibatalkan dan ia merugikan kita semua.

"Jadi saya harapkan Piala Malaysia ini adalah satu peluang untuk kita menunjukkan betapa penonton-penonton kita bersifat profesional," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan