Anugerah Bakar Semangat Subahan Tingkat Imej Bola Sepak Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Subahan Kamal menyifatkan penganugerahan darjah 'Sri Sultan Ahmad Shah Pahang' (SSAP) kepadanya sebagai penyuntik semangat untuk terus memartabatkan sukan bola sepak negara.

Subahan, 47, adalah antara 1,014 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81 pada Isnin.

Beliau merupakan pegawai sukan sulung di antara 15 penerima darjah SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri.

Anak kelahiran Selangor itu berkata anugerah itu merupakan satu pengiktirafan serta motivasi kepada beliau untuk terus mencurahkan segala pengalaman dan menyumbang idea-idea agar menaikkan kembali martabat bola sepak negara.

"Saya amat menyanjung tinggi anugerah daripada Tuanku Sultan Pahang yang juga presiden FAM dan berjanji akan berkhidmat dengan lebih gigih lagi demi kemajuan bola sepak negara.

"Anugerah daripada Sultan Ahmad Shah itu adalah satu penghargaan yang amat besar buat diri saya dan amat gembira dihargai baginda.

"Penghargaan itu adalah satu perangsang semangat untuk saya pergi lebih jauh dalam arena bola sepak negara," kata Subahan, yang merupakan penolong pengurus skuad Sukan SEA yang membawa pulang pingat emas dari Laos pada 2009.

Subahan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Taman Templer sejak 2008, terus memainkan peranan penting dalam mengurus skuad negara semasa menjulang Kejohanan Piala AFF di Jakarta, Indonesia, pada tahun lepas.

Beliau merupakan merupakan lulusan sarjana muda dengan kepujian perakaunan dari Southern Illinois University, Amerika Syarikat pada 1989.

Pada pemilihan FAM bagi sesi 2010-2014 pada Julai tahun lepas, Subahan memperolehi undi tertinggi bagi jawatan naib presiden, dengan 28 undi, dikuti Datuk Hamidin Mohd Amin (27), Datuk Afandi Hamzah (20) dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hahsim (19). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan