Yunus Akui Ramai Pihak Kecewa Kekalahan T-Team

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jurulatih T-Team, Yunus Alif mengakui kekalahan pasukan itu di tangan Negeri Sembilan 4-2 pada pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di sini Selasa lepas, menyebabkan banyak pihak kecewa.

Bagaimanapun beliau positif masih ada ruang untuk T-Team mengubat kecewa peminat mereka.

"Di atas kertas kita belum kalah lagi sebenarnya kerana kita masih ada peluang dalam perlawanan pusingan kedua di Paroi, Sabtu ini," katanya, Khamis.

Katanya beliau telah mengenal pasti kelemahan pasukan lawan dan T-Team akan menggunakan taktik berbeza pada pertemuan kedua itu kelak.

"Saya akui moral pemain T-Team jatuh dalam perlawanan pusingan pertama menyebabkan Negeri Sembilan mendapat gol mudah," katanya.

Beliau berkata kunjungan T-Team ke gelanggang lawan Sabtu ini tanpa dua pemain tunggak utama iaitu penyerang sensasi Indra Putra Mahyuddin yang menerima dua kad kuning dan pemain tengah Zairo Anuar Zailani yang mengalami kecederaan.

Begitupun Yunus berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk menggantikan tempat kedua-dua pemain itu kerana T-Team mempunyai ramai pemain berkaliber.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan