Piala Malaysia: Terengganu & N. Sembilan Pilihan Ke Final

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Debaran perlawanan akhir Piala Malaysia semakin menghampiri kemuncak apabila empat pasukan bakal bertarung pada separuh akhir kedua malam esok bagi merebut dua slot ke perlawanan akhir Sabtu depan.

Terengganu dan Negeri Sembilan boleh dikatakan selesa dengan kelebihan dua gol setelah menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir pertama di tempat lawan pada Selasa.

Rata-Rata jurulatih tempatan beranggapan kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding Selangor dan T-Team untuk mara ke perlawanan akhir berdasarkan aksi konsisten sepanjang musim ini.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan B.Sathianathan berkata Terengganu berpeluang ke perlawanan akhir jika skuad penyu itu mengekalkan keunggulan corak permainan pada perlawanan penentuan pada Sabtu.

"Saya dapat lihat karisma dalam diri pemain Terengganu, untuk menang, elemen tersebut amat penting dalam membentuk kekuatan sesebuah pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu. Selasa lepas, Selangor tumpas 0-2 kepada Terengganu manakala T-Team tewas 2-4 di tangan Negeri Sembilan.

"Jika Terengganu boleh menang di tempat lawan, saya fikir adalah tidak sukar bagi mereka mencari kemenangan di laman sendiri," katanya.

Jurulatih Pahang Dollah Salleh pula berkata Terengganu berada pada kedudukan kemuncak, tepat pada masanya, apabila dapat bermain dengan baik dan menewaskan Selangor yang semakin hilang bisa.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan Selangor masih berpeluang bangkit semula pada saat akhir jika kapten pasukan the Red Giant Mohd Amri Yahyah dapat diturunkan malam Sabtu.

"Pada pandangan saya, pasukan Selangor hanya kuat jika ada Mohd Amri kerana beliau dapat melakukan sesuatu yang tidak mampu dibuat oleh pemain lain," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dollah berkata halangan yang ditempuh Negeri Sembilan agak mudah berbanding Terengganu kerana mereka berdepan pasukan T-Team yang kurang berpengalaman beraksi pada perlawanan akhir.

Beliau berkata Negeri Sembilan akan lebih kuat dengan kehadiran semula pasangan kembar Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada perlawanan pada Sabtu.

"Namun demikian, Negeri Sembilan masih perlu berhati-hati kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Sementara itu, jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata Selangor dan T-Team terpaksa akur serta menerima kelebihan dua gol yang diperoleh Terengganu dan Negeri Sembilan, namun apapun boleh berlaku pada perlawanan penentuan.

"Terengganu bermain secara berpasukan, dan ia adalah satu kelebihan bagi pasukan tersebut, manakala Negeri Sembilan pula mempunyai barisan pemain yang cukup berpengalaman, yang akan banyak membantu pasukan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain berpengalaman Mohd Hairudddin Omar," katanya.

Bagi jurulatih Pos Malaysia Mohd Zan Mat Aris, di atas kertas Terengganu dan Negeri Sembilan mempunyai kelebihan berbekalkan dua gol di tempat lawan.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Terengganu dan Negeri Sembilan telah pasti mendapat tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini kerana kedua-duanya adalah pasukan yang hebat," katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , T-Team , B. Sathianathan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan