Tabung Pembangunan Bola Sepak Bakal Terima Peruntukan RM10 Juta Lagi Pada 2012

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa pembangunan bola sepak negara bakal memperolehi peruntukan berjumlah RM10 juta lagi daripada kerajaan bagi menampung kos perbelanjaan program itu menjelang tahun depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata perkara tersebut sedang dibahaskan di Parlimen dan bakal mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan tidak lama lagi.

"Bagaimanapun jawatankuasa pembangunan bola sepak masih belum menentukan program bagi tahun 2012 lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Majlis Sukan Negara (MSN), pada Rabu.

Beliau berkata tabung pembangunan bola sepak 2010/2011 yang bernilai RM10 juta telah digunakan sepenuhnya untuk program pembangunan peringkat akar umbi.

"Pelbagai program pembangunan di peringkat akar umbi sedang berjalan di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru agar tidak ketandusan pemain berkebolehan di masa hadapan," katanya.

Razali berkata antara program yang dianjurkan ialah Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Tinggi (Liga KPM) yang berakhir Julai lepas, Champion of Champion di Johor Disember ini, My Kids Soccer di Perak pada 21-30 November dan beberapa lagi kejohanan seumpamanya.

Beliau berkata dana RM10 juta tersebut juga digunakan untuk program pembangunan kejurulatihan yang membabitkan 112 jurulatih di seluruh negara.

"Bagi melahirkan pemain yang berkemahiran kita ada memberi biasiswa pengajian seorang pemain pasukan Harimau Muda B, Haziq Zikri Elias melanjutkan pelajaran ke Kolej Hartpury di England selama tiga tahun bermula 19 September lepas.

"Kita juga menghantar seramai lima pemain skuad Harimau Muda B menyambung pelajaran dalam diploma bola sepak di Cyberlynx International College (CIC)," katanya.

Lima pemain tersebut ialah Muhammad Ariff Zulkifly, Muhammad Akram Mahinan, Mohd Syuhiran Zainal, Ahmad Faizal Sumar dan Muhamad Naim Zakaria," katanya.

Beliau berkata baki sebanyak 65 peratus daripada dana tabung bola sepak negara disalurkan untuk program pembangunan yang dikendalikan Persatuan Bola Sepak (FAM). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan