Piala Malaysia: Terengganu, N. Sembilan Miliki Kelebihan Dua Gol

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terengganu dan Negeri Sembilan memiliki kelebihan dua gol untuk dibawa ke perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di tempat sendiri Sabtu ini.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama malam Selasa, Terengganu mengalahkan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam sementara Negeri Sembilan menundukkan T-Team 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama hasil gerakan pantas yang dibuat oleh Abdul Manaf Mamat akibat kelonggaran benteng pertahanan Selangor.

Kegagalan Selangor memperkemas pertahanannya, sekali lagi memberi peluang buat Abdul Manaf untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-32.

Cubaan skuad Selangor bimbingan P. Maniam untuk menghasilkan gol di separuh masa kedua dapat ditangkis oleh penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli. Dalam perlawanan antara T-Team dengan Negeri Sembilan, T-Team yang dilatih Yunus Alif ternyata tenggelam dengan corak permainan agresif Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit kelima menerusi Shuharain Abu Samah hasil umpanan cantik daripada S. Kunanlan.

T-Team terus menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan yang diperolehnya pada minit ke-10 menerusi Indra Putra Mahayuddin hasil hantaran lintang Mohd Fitri Omar.

Namun Hairuddin Omar berjaya menanduk masuk gol kedua Negeri Sembilan pada minit ke-25, bagaimanapun dibalas oleh T-Team menerusi jaringan Mohd Nor Farhan Mohamad pada minit ke-40.

Kegembiraan T-Team hanya mampu bertahan selama dua minit apabila Hairuddin sekali lagi menyumbat gol untuk Negeri Sembilan pada minit ke-42 sebelum ditambah oleh S. Kunanlan pada minit ke-50. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan