Perlawanan Liga Juara-Juara AFC Dalam YouTube

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Liga Juara-Juara AFC, pertandingan kelab-kelab bola sepak Asia melancarkan saluran di YouTube yang kini boleh diakses menerusi http://www.youtube.com/AFCCHAMPIONSLEAGUE.

Ia bermula dengan perlawanan pilihan suku akhir tahun ini yang memaparkan perlawanan kelab Cerezo Osaka (Jepun), Jeonbuk Hyundai Motors (KOR), FC Seoul (Korea), Suwon Samsung Bluewings (KOR), Al Ittihad (Arab Saudi), Sepahan (Iran), Zob Ahan (Iran) dan Al Sadd (Qatar).

Minggu ini, perlawanan yang ditonjolkan adalah perlawanan pusingan pertama separuh akhir antara Suwon Samsung Bluewings dan Al Sadd, Al Ittihad dan Jeonbuk Motors Rabu ini.

Ketua Perkongsian Youtube, Anthony Zameczkowski berkata: "Kami gembira untuk memperolehi Kumpulan World Sport sebagai rakan pelancaran YouTube di Singapura dan teruja bahawa perkongsian ini akan membolehkan peminat sukan di seluruh dunia menikmati video daripada Liga Juara-Juara AFC dan lebih banyak acara sukan di masa depan."

Naib Presiden Kanan (Kandungan) Kumpulan World Sport, rakan pemasaran eksklusif Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) James Clarke berkata saluran itu adalah penting kepada 'komitmen kami' untuk menjadikan kandungan liga tersebut dinikmati kepada semua peminat bolak sepak Asia di seluruh dunia.

Siaran video itu turut memuatkan temuramah dengan pemain, sidang akhbar dan siri-siri terbaik kejohanan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan