Skuad B-23 Mungkin Bertemu Kemboja Atau Laos

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara mungkin mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Kemboja atau Laos pada 29 Okt ini sebelum ke Sukan SEA di Jakarta, Indonesia.

Jurulatih pasukan Ong Kim Swee berkata perkara itu akan diputuskan selepas melihat undian bola sepak Sukan SEA yang akan dibuat di Jakarta pada 18 Okt ini.

"Saya akan menetapkan sama ada kita akan menyertai perlawanan persahabatan itu atau tidak selepas undian kerana tuan rumah Sukan SEA iaitu Indonesia boleh mengubah jadual perlawanan pada bila-bila masa," katanya kepada Bernama, Jumaat.

Skuad bimbingannya akan menghadapi Kejohanan Piala VFF di Hanoi, Vietnam yang berlangsung dari 17 hingga 21 Okt ini, sebelum berlepas ke Jakarta pada 1 Nov.

Ong berkata semua pemain terbabit akan berkumpul di Majlis Sukan Negara pada 25 Okt bagi menjalani latihan kecergasan.

Sepak mula acara bola sepak untuk Sukan SEA dijangka bermula pada 3 Nov ini dan skuad negara merupakan pemenang pingat emas pada Sukan SEA Laos 2009, setelah menewaskan Vietnam 1-0.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan