Selangor, N.Sembilan, Terengganu dan T-Team Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan T-Team mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing di beberapa venue malam tadi. Pada separuh akhir pertama Selasa ini, juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor bakal bertemu juara Piala FA 2011, Terengganu manakala Negeri Sembilan bakal berdepan dengan pasukan kelab dari Terengganu T-Team.

Perlawanan timbal balik dijadual akan berlangsung selang empat hari kemudiannya iaitu pada 22 Okt. Bagaimanapun juara Piala Malaysia edisi lepas, Kelantan tersingkir pada perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu setelah dikecewakan skuad penyu kendalian Irfan Bakti Abu Salim walaupun mencatat seri 2-2 untuk Terengganu mara dengan agregat 5-3.

Dua gol skuad Penyu di hadapan lebih 20,000 penyokong lawan itu dijaringkan oleh pemain posisi tengah, Ashaari Samsudin pada minit ke-17 dan 39 yang kedua-dua golnya hasil larian deras ke gawang Kelantan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk mendominasi perlawanan sehingga babak pertama tamat.

Ketinggalan dua gol pada babak pertama, skuad bimbingan Datuk M. Karathu bangkit menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-54 dan Mohd Badhri Radzi menerusi sepakan penalti pada minit ke-70.

Di KUALA TERENGGANU, turut mengikut jejak langkah abangnya, T-Team apabila berjaya mengetepikan cabaran Sabah dengan keputusan 2-1 menjadikan agregat 4-2 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Dua gol skuad kendalian Yunus Aliff di setiap babak dijaringkan oleh Mohd Fitri Omar pada minit ke-28 dan Zairo Anuar Zailani pada minit ke-60 sementara gol saguhati Sabah dijaringkan oleh Mafri Balang hasil sepakan percuma pada minit ke-86.

Di IPOH, jaringan tunggal Rudie Ramli yang menanduk masuk bola ke gawang Perak pada minit ke-49 menerusi hantaran lintang yang dibuat oleh Safiq Rahim sudah cukup buat pasukan Red Giants menempah tiket ke saingan separuh akhir dengan agregat 4-1 di Stadium Perak.

Di PAROI, Negeri Sembilan yang kecewa ditumpaskan Felda United 0-1 pada 10 Okt di laman lawan bangkit menjaringkan gol menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-16 untuk mengikat agregat 1-1 sehingga tamat babak kedua.

Perlawanan terpaksa ditambah 30 minit masa tambahan untuk menentukan pemenang dan dua jaringan masing-masing menerusi Idris Karim dan Hairuddin pada minit ke-100 dan 117 membolehkan skuad Hoben Jang Hoben menempah tiket ke saingan seterusnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan