Rooney Bakal Berdepan Dengan Tindakan Tegas

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rooney (10) dilayangkan kad merah oleh pengadil Stark selepas melakukan tindakan kasar kepada pemain Montenegro pada aksi Kelayakan Euro 2012, Jumaat lalu.
Rooney (10) dilayangkan kad merah oleh pengadil Stark selepas melakukan tindakan kasar kepada pemain Montenegro pada aksi Kelayakan Euro 2012, Jumaat lalu.

PENYERANG England, Wayne Rooney bakal berdepan dengan tiga penggantungan perlawanan akhir Euro 2012 jika Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengamalkan sikap tegasnya dan keputusan itu akan diketahui petang Khamis.

Menurut Artikel 10 (e), peraturan badan Eropah itu memetik, “penggantungan tiga perlawanan atau tempoh tertentu bagi tindakan menyerang pemain lain atau orang yang berada di sekitarnya ketika perlawanan.”

Rooney dihadiahkan kad merah oleh pengadil Jerman, Wolfgang Stark selepas menyepak pemain Montenegro, Miodrag Dzudovic ketika pasukannya mengikat keputusan seri 2-2 pada perlawanan Jumaat lalu.

Keputusan seri ini juga menyaksikan England menjadi juara bagi Kumpulan G.

Pihak pengurusan dan disiplin UEFA sebelum ini menyatakan sekurang-kurang satu penggantungan diberikan kepada Rooney. Namun jika benar tiga penggantungan perlawanan diputuskan, Rooney terpaksa berputih mata untuk beraksi dalam tiga perlawanan kumpulan di Poland dan Ukraine.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan