Selangor Masih Ada Pilihan Perkuat Barisan Tengah

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tanpa khidmat pemain tengah Mohd Bunyamin Omar yang kini digantung perlawanan, Selangor masih mempunyai tiga pemain lain bagi mengisi posisi itu menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Perak Jumaat ini.

Jurulatih Selangor P. Maniam berkata Mohd Bunyamin terpaksa diketepikan setelah menerima dua kad kuning pada suku akhir pertama yang menyaksikan Selangor mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam pada Isnin lepas.

"Kita mungkin menggunakan khidmat sama ada Mohd Hardi Jaafar, Mohd Fazilidin Khalid ataupun Mohd Fadzli Saari bagi menguatkan bahagian tengah kita," katanya.

Maniam berkata beliau akan mengekalkan hampir semua pemain yang beraksi pada suku akhir pertama.

"Saya yakin dengan pengalaman yang ada pada pemain kita seperti Mohd Safiq Rahim dan Mohd Amri Yahyah yang biasa beraksi di peringkat antarabangsa akan membolehkan Selangor menempah tempat ke separuh akhir nanti," katanya.

Pemenang perlawanan antara Selangor dan Perak akan bertemu dengan pemenang perlawanan antara Terengganu atau Kelantan di peringkat separuh akhir pertama pada 22 Okt ini.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan