Terengganu Rangka Strategi Benam Kijang Di Gelanggang Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUKAN-BOLA SEPAK (TERENGGANU) KUALA TERENGGANU: Biarpun memiliki kelebihan dua gol, Terengganu berazam untuk mencari gol awal bagi menyerap tekanan Kelantan yang pastinya begitu garang pada pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.

Apa yang pasti, jurulatih Terengganu Irfan Bakti tidak mahu anak buahnya menerapkan corak permainan bertahan malah perlu mencari gol awal untuk melangkah ke separuh akhir dengan selesa.

Berikutan kehilangan khidmat dua tonggak utama, Ismail Faruqi Asha'ri dan Mohd Zubir Azmi akibat kad merah, Irfan membuat percaturan baru bagi memastikan skuad Penyu tidak berputih mata menjelang aksi timbal balik itu nanti.

Terengganu membawa bekalan selesa untuk bertandang ke tempat lawan setelah berjaya mengalahkan Kelantan 3-1 pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada Isnin.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana tegang itu turut dicemari dengan lima layangan kad merah iaitu tiga untuk Kelantan dan dua untuk tuan rumah serta 10 kad kuning. "Apa yang pasti, kami tidak harus bertahan ketika beraksi di Kota Bharu sebaliknya kami harus mencari gol awal untuk keselesaan kami," katanya di sini.

Irfan berkata beliau yakin skuad bimbingannya akan melangkah ke saingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan