Stadium Shah Alam Jadi Venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober ini.

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan tersebut dibuat berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek sedang berlangsung di venue asal iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita telah berbincang dengan pihak pengurusan Stadium Shah Alam dan mereka bersetuju untuk menyiapkan kerja-kerja pemulihan rumput, tempat duduk penonton dan juga lampu limpah sebelum 21 Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di Wisma FAM, pada Selasa.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan FAM berkata pihaknya akan melakukan tinjauan pada 22 Oktober ini bagi memastikan bahawa keadaan padang, lampu limpah, bilik air dan kerusi di stadium berada dalam keadaan baik sebelum hari perlawanan.

"Sekiranya pihak pengurusan stadium gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh FAM, kita akan mencari venue lain bagi perlawanan akhir Piala Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata FAM akan segera melakukan siasatan berhubung insiden lima kad merah dilayankan oleh pengadil, Mohd Nafeez Abd. Wahab pada pertemuan Kelantan dan Terengganu perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin. "Kita masih menunggu laporan penuh perlawanan daripada pesuruhjaya pertandingan dan akan membuat penilaian dalam masa terdekat ini dan perkara tersebut akan dibincangkan di peringkat mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM untuk tindakan susulan," katanya.

Pada perlawanan semalam tiga pemain Kelantan yang dikenakan kad merah ialah Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaludin dan Aziz Ismail manakala dua lagi kad merah dikenakan kepada pemain Terengganu iaitu Ismail Faruqi dan Zubir Azmi.

Pada perlawanan tersebut Terengganu mencatat kemenangan berharga menewaskan musuh tradisi, Kelantan 3-1. - BERNAMA `

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan