Selangor, Terengganu Bawa Bekalan Selesa

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor dan Terengganu mempunyai peluang yang lebih selesa untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia apabila mencipta kelebihan dua gol pada perlawanan peringkat suku akhir pertama pada Isnin.

Selangor yang memburu misi ke-33 pada tahun ini mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam, Selangor sebelum bertandang ke tempat lawan Jumaat ini.

Pasukan bimbingan P.Maniam memperolehi gol pertama seawal minit ke-12 menerusi jaringan Safiq Rahim sebelum menambah gol kedua peribadi pada minit ke-57 menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Mohd Amirulhadi Zainal kemudianya memperkukuhkan kedudukan Selangor dengan gol ketiga pada minit ke-62.

Manakala gol saguhati Perak disumbangkan oleh Mohd Failee Mohamad Ghazli pada minit ke-76.

Terengganu juga turut membawa bekalan selesa untuk bertandang ke tempat lawan setelah berjaya menundukkan musuh tradisinya, Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Terengganu nyata memanfaatkan sepenuhnya perlawanan apabila dua pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Daudsu Jamaludin dilayangkan kad merah pada babak pertama.

Ismail Faruqi Asha'ri membuka tirai jaringan Terengganu pada minit ke-43, namun kapten skuad Kelantan, Mohd Badhri Radzi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 78.

Terengganu bagaimanapun tidak mengaku kalah dengan menjaringkan dua gol lagi iaitu masing-masing menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-88 dan kapten pasukan Marzuki Yusoff pada masa kecederaan.

Lima kad merah dilayangkan sepanjang perlawanan berlangsung.

Di Stadium Likas, Sabah menghampakan lebih 15,000 peminatnya yang membanjiri Stadium Likas apabila tumpas 1-2 di tangan T-Team.

Gol pertama T-Team dijaringkan oleh Indra Putra Mahayudin pada minit ke-34 dengan menolak masuk lorongan Zairo Anuar Zailani.

Bagaimanapun, Sabah berjaya meloloskan gawang pasukan pelawat menerusi Alto Linus pada minit ke-46.

Bagaimanapun, Indra Putra menjadi wira pasukan T-Team apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-85.

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Felda United mengalahkan Negeri Sembilan 1-0.

Gol tunggal Felda United disumbangkan oleh K.Rajan pada minit ke-59. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan