Terengganu Yakin Mampu Bolosi Gawang Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penjaring terbanyak Terengganu Abdul Hadi Yahya akan cuba mencari gol awal pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan di sini pada Isnin.

Abdul Hadi yang juga penjaring terbanyak Liga Super dengan 15 gol berkata, dia tidak rela berputih mata di gelanggang sendiri ketika perlawanan amat penting bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik Terengganu.

Katanya bermain di tempat sendiri harus dimanfaat sepenuhnya oleh 'sang penyu' untuk mencipta sebanyak mungkin gol dan mencari bekalan yang lebih selesa.

"Saya akan mengekalkan persembahan bertenaga sepanjang perlawanan malam esok seterusnya dapat membantu Terengganu berada di tangga lebih selesa," katanya

Menurut Hadi dia akan berusaha sebaik mungkin untuk mencipta gol dan gandingan yang semakin serasi bersama Abdul Manaf Mamat di depan yang memahami corak permainan memudahkannya membuat umpanan tepat.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan