Selangor Perlu Manfaatkan Peluang Di Shah Alam

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor harus memanfaatkan peluang untuk mencatatkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri ketika bermain menentang Perak pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada Isnin ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan Red Giants perlu menjaringkan gol awal bagi memastikan "Misi 33" yang dilancarkan oleh pengurusan FAS sejak sepak mula Piala Malaysia pada 6 Sept berjaya dilaksanakan.

"Sebagai pasukan tuan rumah, kita harus memanfaatkan segala peluang yang terhidang dan saya telah meminta jurulatih (P. Maniam) mengatur strategi memperketatkan jentera pertahanan supaya gawang kita tidak dibolosi pihak lawan," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Red Giants sebelum ini menempuh laluan berliku dalam kumpulan D yang turut disertai oleh juara kumpulan D, T-Team, Kuala Lumpur dan Polis sebelum berjaya menempah tempat di suku akhir.

Skuad yang sebelum ini dibimbing oleh K.Devan dan digantikan dengan P. Maniam sejak 20 Sept lepas itu mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan apabila hanya mencatatkan tiga kemenangan, dua kali seri dan kalah dua perlawanan.

Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa pasukan Perak di bawah bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar kini berada pada prestasi terbaik.

"Perak sekarang berada dalam prestasi terbaik tetapi itu bukan alasan untuk pemain Selangor untuk tidak memberi saingan hebat kepada mereka," katanya.

Beliau berkata semua pemain Red Giants cukup cergas untuk menghadapi amukan anak-anak buah Norizan pada Isnin nanti.

"Melainkan pemain di atas, tiga pemain mengalami kecederaan iaitu penjaga gol ketiga Fairul Azwan Shahrullai dan pemain pertahanan Khairul Anuar Baharom (lutut) serta seorang lagi pemain pertahanan P. Gunalan (kepala).

"Namun saya percaya Khairul Anuar dan Gunalan akan pulih menjelang perlawanan nanti," katanya.

Perlawanan suku akhir kedua membabitkan kedua-dua pasukan dijadual berlangsung di Stadium Ipoh, Perak pada Jumaat ini.

Pemenang perlawanan itu nanti akan bertemu dengan pemenang di antara Terengganu dan Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan