Rajagobal Harap Muka Baru Mampu Beri Impak Positif

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penampilan muka baru dalam pasukan kebangsaan pada perlawanan persahabatan menentang Australia pada Jumaat ini diharap dapat memberi impak positif kepada pasukan.

Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagobal menaruh harapan tinggi terhadap penampilan pertama pemain seperti Joseph Kalang Tie, K. Reuben Thayaparan dan Yong Kuong Yong dalam skuad negara, yang berlepas ke Canberra, Isnin.

"Diharap penampilan pemain baru ini dapat mengatasi masalah kekurangan pemain sekiranya ada kecederaan berlaku ini akan dapat memantapkan lagi kesebelasan utama," katanya.

Malaysia diundang Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) ke Canberra menentang pasukan Socceroos (skuad kebangsaan Australia) pada perlawanan persahabatan itu.

Ia merupakan satu penghormatan kerana Australia merupakan salah satu pasukan dalam 16 kumpulan terbaik Asia bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil.

Senarai Pemain Berlepas ke Australia:

Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Farisham Ismail, Mohd Asraruddin Putra Omar, Norhafiz Zamani Misbah, Joseph Kalang Tie, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali.

Muhammad Zubir Mohd Azmi, Amar Rohidan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, K. Gurusamy, S. Kunalan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, K. Reuben Thayaparan.

Mohd Faizal Muhammad, Izzaq Faris Ramlan, Yong Kuong Yong, Mohd Farizal Marlias, Baddrol Bakhtiar, Mohamad Muslim Ahmad dan Shahrizal Mohd Saad.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan