Sagna Berehat Tiga Bulan - Bola Sepak | mStar

Sagna Berehat Tiga Bulan

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Sagna (kiri) sebelum tercedera ketika bertembung dengan Assou-Ekotto.
Aksi Sagna (kiri) sebelum tercedera ketika bertembung dengan Assou-Ekotto.

PEMAIN pertahanan Arsenal, Bacary Sagna terpaksa berehat panjang selepas mengalami patah kaki ketika beraksi menentang Tottenham Hotspur pada Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad.

Sagna diketepikan daripada sebarang aksi selama tiga bulan dan turut dikecualikan daripada skuad antarabangsa Perancis pada Kelayakan Euro 2012. Tempatnya itu akan digantikan oleh Mathieu Debuchy.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Perancis, Sagna diperiksa oleh doktor pasukan Perancis dan mendapati tulang betis kanannya patah.

“Dia akan menjalani pembedahahan Isnin dan dijangka akan berehat selama tiga bulan. Laurent Blanc telah memanggil Debuchy untuk mengganti tempatnya,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger turut risau dengan kecederaan yang dialami pemainnya itu dan turut menyalahkan pemain tuan rumah, Benoit Assou-Ekotto.

“Saya rasa dia ditolak agak kuat oleh Assou-Ekotto dan tidak pasti apa yang berlaku padanya. Saya akan melihatnya lagi,” katanya.

Pada perlawanan itu Arsenal kalah 1-2 kepada Spurs.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan