Kejohanan Bola Sepak Pantai Edisi Kedua Di teluk Chempedak

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat kali kedua akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Pantai Felda/FAM 2011 dari 21 hingga 23 Oktober ini di Teluk Chempedak, Kuantan.

Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud berkata pertandingan itu terbuka kepada semua ahli gabungan FAM termasuk persatuan bola sepak negeri, persatuan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (PB ATM) dan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PB PDRM).

Beliau berkata kejohanan tiga hari tersebut mendapat tajaan sepenuhnya dari pasukan bola sepak Felda United, yang turut diadakan sempena menyambut hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81.

"Sebanyak 34 pasukan telah mengesahkan penyertaan yang terdiri daripada kategori lelaki sebanyak 17 pasukan dan wanita juga sebanyak 17 pasukan," katanya.

Ahmad Fuad berkata pasukan Felda United yang buat julung kalinya menyertai kejohanan merupakan pasukan jemputan.

"Pada tahun depan, FAM bercadang untuk membuka penyertaan kepada persatuan-persatuan lain bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut," katanya.

Penaja kejohanan menawarkan hadiah RM10,000 bagi pasukan yang muncul johan, RM5,000 naib johan dan RM2,500 bagi pasukan yang layak ke separuh akhir.

Pada edisi tahun lalu, Johor muncul sebagai johan bagi kategori lelaki manakala Sabah muncul johan kategori wanita.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan