Presiden KAFA Restu Penghijrahan Bekas Jurulatih Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata penghijrahan bekas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baru adalah dengan kerelaannya.

Katanya beliau merestui penghijrahan Sathianathan itu dengan hati terbuka demi masa depan jurulatih berkenaan. "Saya sangat memahami sikap Sathianathan dan telah berbincang dengannya secara terbuka," katanya kepada pemberita di sini, Khamis semasa diminta mengulas kedudukan Sathianathan yang akan menjadi jurulatih ATM bagi kempen Liga Perdana musim depan.

"Dia berhasrat kembali ke bidang kejurulatihan. Bagi saya tak ada masalah memberi ruang kapada beliau kerana dia sangat profesional dan berkaliber serta mempunyai bakat yang tinggi.

"Kalau saya tak benarkan, dia tidak akan tinggalkan Kelantan kerana minatnya begitu tinggi dan terhutang budi kepada negeri ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan