Pengorbanan Saya Tidak Dihargai: Devan

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih pasukan Selangor, K. Devan (gambar) mengambil keputusan drastik meletak jawatan sebagai pengemudi pasukan itu berkuat kuasa Selasa kerana merasakan khidmatnya tidak lagi dihargai oleh penyokong-penyokong kelab itu musim ini.

Menurut Devan, insiden ketara yang membuatkan dia mengambil keputusan nekad meninggal jawatan yang disandang sejak 2009 ini adalah ketika pasukan ini kalah mengejut kepada T-Team Sabtu lalu.

“Jelas sekali khidmat saya di sini tidak diperlukan lagi dan paling membuat saya rasa terkilan mengenai kain rentang yang menyuruh saya meletak jawatan. Perasaan tidak puas hati dengan beberapa perkara lain juga menjadi faktor saya membuat keputusan itu selepas perlawanan itu.

“Keadaan ini dilihat sebagai satu situasi yang tidak elok. Saya telah memberitahu pihak pengurusan mengenai perletakan jawatan ini dan mereka tidak bersetuju malah meminta saya menarik balik surat itu, namun saya tetap dengan keputusan ini.

“Bagi saya tidak ada gunanya untuk terus berada dalam skuad jika segala jasa saya tidak dihargai. Selama tiga tahun mengendalikan pasukan saya, dua musim saya telah membawa pasukan menjulang lima piala tetapi penyokong-penyokong setia pasukan ini tidak nampak perkara itu. Jadi lebih baik saya pergi,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Sepanjang mengendalikan pasukan Selangor, Devan berjaya membantu pasukan dengan meraih gelaran sebagai juara Liga Super dan Piala FA 2009 serta Liga Super 2010.

Dengan perletakan jawatan ini, kedudukan Devan digantikan oleh penolongnya, P. Maniam sementara Rosedy Nadzir dinaikkan pangkat membantunya, manakala jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Aziz dikekalkan.

Sementara itu, Devan berkata buat masa ini dia ingin berehat dan menenangkan fikiran sebelum memulakan diari baru dalam kariernya.

“Walaupun baru sahaja meninggalkan Selangor, saya telah menerima beberapa tawaran untuk melatih pasukan dalam Liga Super, dan saya sendiri turut mengintai beberapa pasukan yang telah menarik perhatian saya.

“Saya masih belum membuat sebarang keputusan dan mungkin pada Oktober dan November saya akan umumkan. Apa yang pasti saya akan memilih pasukan yang ada potensi, bagus serta ada bajet yang kukuh dan akan memulakan khidmat saya pada musim akan datang,” ujarnya.

Kontrak Devan bersama Selangor dijadualkan berakhir pada 30 November ini.

Pasukan Selangor yang mempamerkan aksi hambar musim ini masih mempunyai dua baki perlawanan Piala Malaysia bagi Kumpulan D dengan menentang pasukan Polis pada Sabtu ini, manakala bertemu pasukan Kuala Lumpur pada 27 September (Selasa) depan.

Tags / Kata Kunci: K. Devan , T-Team

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan