Malaysia Sasar Tempat Keempat Kejohanan Borneo Sevens

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan menduduki tempat keempat pada kejohanan ragbi Borneo Sevens di Stadium Likas, Kota Kinabalu, yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Jurulatih kebangsaan Wan Ibrahim Wan Chik berkata Malaysia berharp dapat memperbaiki kedudukannya dari tempat keenam pada kejohanan Shanghai Sevens bulan lepas.

"Sasaran kami ialah tempat keempat pada Borneo Sevens dan saya yakin ini dapat dicapai kerana pemain utama kami sudah mendapat semula form masing-masing setelah pulih daripada kecederaan," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Sementara itu, pengerusi penganjur Borneo Sevens Velayuthan Tan berkata:

"Kemeriahan kejohanan ragbi begitu dirasai di sini. Setakat ini, tiga pasukan sudah tiba, Samoa, Tonga dan Jepun, dan kesemua mereka begitu bersemangat."

Kata Tan beliau dimaklumkan para jurulatih dan pengurus bahawa kejohanan Ragbi Piala Dunia yang sedang berlangsung di New Zealand, menjadi peniup semangat kepada para pemain Malaysia untuk mempamerkan aksi hebat pada kejohanan Borneo Sevens.

Kejohanan kali ini akan disertai 12 pasukan lelaki kebangsaan dari Asia - Brunei, China, Taiwan, Jepun, Kazakhstan, Korea Selatan, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong dan Malaysia.

Borneo Sevens juga akan diserikan dengan kejohanan Asia Pacific Women's Sevens yang disertai lapan pasukan - China, Kepulauan Cook, Hong Kong, Papua New Guinea, Samoa, Singapura, Tonga dan Malaysia.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan