Aksi Hambar Skuad Selangor, K. Devan Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: K. Devan meletak jawatan sebagai jurulatih bola sepak Selangor berkuat kuasa semalam berikutan aksi hambar gergasi Merah Kuning itu sepanjang kempen tahun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Amin mengesahkan peletakan jawatan Devan itu.

"Pemohonan Devan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih itu diterima sebulat suara anggota jawatankuasa FAS yang mengadakan mesyuarat khas semalam," katanya.

Beliau berkata, teraju utama pasukan itu kini diambil alih penolong jurulatih P. Maniam.

Selangor gagal memenangi sebarang piala sepanjang tahun ini, selain berdepan kemungkinan tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia yang sedang berlangsung sekarang. Selepas empat perlawanan peringkat kumpulan, skuad itu hanya mengumpul empat mata dan berada di tangga ketiga Kumpulan D selepas Kuala Lumpur dan T-Team.

Terbaru, Selangor tewas 1-2 pada T-Team dalam Kumpulan D Piala Malaysia Ahad lepas.

Devan menjadi jurulatih bola sepak Selangor pada Oktober 2008. Selangor di bawah kendalian Devan pernah merangkul Piala Liga Super pada 2010, Piala FA 2009 dan Piala Sultan Ahmad Shah pada 2009. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan