United Catat Prestasi Terbaik Permulaan Liga Sejak 1985

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Manchester United mencatat sejarah permulaan liga terbaiknya sejak 1985 selepas menewaskan pesaing utama, Chelsea 3-1 dalam perlawanan lewat malam tadi.

Gol-gol United dijaringkan oleh Chris Smalling, Nani dan Wyane Rooney.

Rooney dan kemudiannya penyerang gantian Berbatov sepatutnya menambah jaringan gol United tetapi mensia-siakan peluang yang terbuka luas di hadapan pintu gol lawan.

Rooney gagal menjaringkan sepakan penalti selepas tergelincir ketika di saat akhir sebelum menyepak bola manakala Berba pula melepaskan sepakan lemah di hadapan gol selepas menerima hantaran daripada Rooney.

Dalam lain-lain perlawanan malam tadi, Liverpool berhadapan dengan kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 4-0 di tangan Tottenham Hotspurs.

Ini adalah kemenangan kedua Spurs selepas tewas dalam dua perlawanan permulaan liga.

Manchester City pula yang memulakan kempen liga dengan empat kemenangan hanya mampu seri 2-2 dengan Fulham.

Sementara itu, Sunderland mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menumpaskan Stoke 4-0. Ia adalah kekalahan pertama Stoke dalam lima perlawanan.

Selepas selesai minggu kelima semalam, hanya tinggal United, City, Newcastle Utd dan Aston Villa sahaja pasukan yang masih belum tewas.

United mengungguli liga dengan mencatatkan lima kemenangan daripada lima perlawanan dan mengutip 15 mata maksimum, menjaringkan 21 gol berbalas empat.

Ini diikuti oleh City yang mencatat empat kemenangan daripada lima perlawanan dengan menjaringkan 17 gol berbalas lima. City mengutip 13 mata iaitu dua mata di belakang United.

Arsenal berhadapan dengan permulaan musim paling sukar dalam sejarah mereka selepas mengalami kekalahan yang ketiga iaitu kepada Blackburn pada hari Sabtu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan