Mister Potato Tandatangani Penajaan Manchester United

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Snek kentang tempatan, Mister Potato bakal menghiasi gelanggang keramat kelab bola sepak Manchester United di Old Trafford tidak lama lagi.

Jenama snek popular itu akan terpampang di papan-papan digital di sekeliling stadium tersebut pada setiap kali perlawanan Liga Inggeris berlangsung selepas termeterainya perjanjian penajaan pada Ahad.

Penajaan itu dilancarkan oleh pengurus United Sir Alex Ferguson dan Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker Datuk Pang Tee Chew di hadapan tetamu kehormat dan media di sini.

“Sebagai rakan snek kepada Manchester United, kami dapat memberikan peluang kepada peminat di Malaysia untuk menikmati ‘Ultimate Man Utd Experience’ dengan menawarkan peluang untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan secara langsung di Old Trafford, memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani dan bertemu pemain-pemain kegemaran mereka,” kata Pang.

“Kami juga mampu untuk membawa bintang-bintang legenda Manchester United ke Malaysia untuk bertemu peminat yang tidak berpeluang ke England.

“Penajaan awal bersama MU adalah bagi tempoh tiga tahun tapi kami berhasrat untuk melanjutkan tempoh tersebut,” tambahnya.

Pang berkata, Mamee yakin bahawa imej dan wajah bintang-bintang MU seperti Wayne Rooney, Ryan Giggs dan Park Ji-sung pada bungkusan produk Mister Potato akan meningkatkan nilai eksport dan syer pasarannya.

Syarikat itu yang meraih keuntungan sebanyak RM483.8mil tahun lalu melaburkan sejumlah RM130mil untuk mengembangkan kapasiti produksinya.

Menjadi produk snek kentang nombor satu, Mister Potato memiliki lebih daripada 30 peratus dalam jumlah perniagaan makanan di Malaysia dan dieskport ke lebih 80 negara.

Penajaan itu dijangka menelan kos RM10 juta setahun denngan lawatan daripada eksekutif kelab bola sepak itu ke kilang Mamee di Melaka bagi memastikan kelayakan syarikat itu sebagai penaja.

Ferguson menambah keceriaan apabila mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi destinasi utama menjelang kunjungan kelab itu ke Timur Jauh pada musim panas depan.

“Malaysia berada dalam senarai utama kerana kami menyedari sokongan kuat di sana,” katanya sambil melahirkan kegembiraan apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan peminat kelab itu, berkunjung ke Old Trafford musim lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan