Johan Luncur Air Belia Sarawak Mahu Jadi Johan Asia

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Juara baru Piala Wakeboard Belia Sarawak, Wan Arafan Edruce Wan Abdillah Edruce menyimpan hasrat untuk menjuarai kejohanan peringkat Asia di Putrajaya bulan depan setelah mengalahkan tujuh peserta lain pada pertandingan di Tebingan Kuching di sini.

Peluncur berusia 21 tahun itu akan berdepan cabaran lebih besar selepas meraih gelaran dengan memperoleh 51.67 mata hasil usaha keras beliau selama dua bulan menyertai Akademi Wakeboard dan Wakerski Sarawak.

"Sepatutnya saya mengambil bahagian dalam salah satu acara peringkat novis atau pertengahan tetapi kejohanan Asia tidak ada kategori berkenaan kecuali dalam kejohanan terbuka dan ini suatu cabaran besar bagi saya," kata ahli sukan kelahiran Kuching itu di sini, Ahad.

Kejohanan Piala Wakeboard Belia Sarawak sedang berlangsung sempena Piala Dunia Wakeboard 2011 yang menyaksikan peserta profesional bertaraf dunia lelaki dan wanita dari 19 negara mengambil bahagian.

Walaupun masih baru dalam sukan berkenaan dan berada jauh untuk menjadi peluncur wakeboard terkemuka, Wan Arafan berkata dia berazam memberi persembahan baik dan memajukan kerjayanya ke peringkat berikutnya.

Beliau gembira dengan kejayaannya setakat ini setelah dibimbing oleh jurulatih di akademi itu enam kali seminggu bersama belia lain.

Peserta yang menduduki tempat kedua dalam kejohanan itu ialah Dzakri Bohari dengan 44.33 mata manakala Muhammad Zahhar Shamsul Anuar ketiga dengan 40.00 mata.

Sementara itu, peserta Australia berusia 18 tahun Harley Clifford, juara bertahan melepasi pusingan kelayakan pada kejohanan itu untuk mara ke separuh akhir.

Harley mendahului empat pusingan kelayakan hari ini dengan memungut 90 mata daripada 100 markah penuh yang mana dalam sukan wakeboard bermakna persembahan yang hampir sempurna atau tepat.

Tempat kedua peringkat dunia, Andrew Adkinson dari Amerika Syarikat memperoleh tempat kedua tertinggi dengan 77.56 mata diikuti oleh Steel Laferty juga dari negara yang sama dengan mendapat 74.34 mata.

Dalam pada itu, bagi acara pro wanita Piala Dunia hari ini, Raimi Merrit dari Amerika Syarikat keluar sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai US$8,000.

Beliau yang berasal dari Florida dan juara bertahan menunjukkan persembahan yang mengagumkan orang ramai dan para hakim pertandingan mengalahkan enam peserta akhir dengan 68.79 mata mendahului peserta Australia Amber Wing yang meraih 67.23 mata.

"Ia suatu pengalaman menakjubkan bagi saya di Kuching minggu ini dan orang ramai sangat memberi sokongan dan saingan juga sangat sengit," katanya selepas memenangi kejuaraan itu.

Amber yang mana disifatkan Raimi sebagai lawan yang dihormati, berkata dia memandang ke hadapan di pertandingan Piala Dunia di China minggu depan di mana dia berharap untuk mengalahkan Raimi.

Berakhir di tempat ketiga ialah Miku Asai dari Jepun dengan 65.22 mata dan peserta Sweden Caroline Djupso keempat (59.78 mata) kelima Sasha Christian dari Singapura (48.90) dan keenam Elke Venken (46.99). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan