Pengadil FIFA, Subkhiddin Umum Persaraan

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengadil nombor satu negara, Subkhiddin Mohd Salleh, yang pernah terpilih untuk pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman dan 2010 di Afrika Selatan, menyatakan hasrat untuk bersara dari profesion pengadilan bola sepak.

Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu meluahkan hasrat untuk bersara selepas memikirkan banyak perkara termasuk memberi ruang kepada pengadil muda memperkembangkan kemahiran dalam arena bola sepak tempatan.

"Saya memilih untuk bersara kerana ingin memberi lebih masa dengan keluarga kerana sebelum ini sibuk dengan tugasan sebagai pengadil," katanya kepada Bernama, Jumaat.

Beliau yang berasal dari Parit Buntar, Perak, mula meniup wisel bagi perlawanan bertaraf dunia sebagai pengadil pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 di Jepun/Korea Selatan dan mengakhiri kariernya di pentas dunia di Piala Dunia Afrika Selatan tahun lepas.

Beliau yang masih bertugas sebagai guru di Sekolah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, berkata walaupun bersara, beliau masih bersedia untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada mereka yang berminat dengan profesion tersebut.

"Dalam profesion ini, tiada jurulatih khusus seperti pemain bola sepak akan memberi tunjuk ajar kepada pengadil baru sebaliknya mereka perlu mempelajari sendiri daripada pengadil senior yang mempunyai lebih pengalaman.

"Perkara yang turut saya lalui ketika mula dipilih sebagai pengadil FAM pada tahun 1997," kata penagdil berusia 45 tahun itu.

Subkhiddin berkata ketika itu beliau banyak mendapat ilmu pengadilan daripada Allahyarham Mohd Nazmin Abdullah dan Allahyarham Ahmad Yacob yang telah banyak membantunya.

"Saya harap pengadil muda tidak malu bertanya jika ingin menjadi seorang pengadil yang baik. Pengadil yang baik adalah pengadil yang kurang melakukan kesilapan ketika mengadili perlawanan," jelasnya.

Subkhiddin yang mula berjinak dengan profesion tersebut pada tahun 1990-an sebagai pengadil di peringkat negeri berkata kini, ramai pengadil muda yang berbakat tetapi tidak berpeluang untuk menonjol.

"Saya harap ketelusan dalam pemilihan pengadil perlu ada agar kita dapat melahirkan lebih ramai pengadil profesional yang berkelayakan untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz ketika dihubungi berkata beliau akan cuba memujuk Subkhiddin agar memikirkan kembali hasratnya untuk bersara.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan