Pengadil Bola Sepak Perlu Dijadikan Satu Kerjaya Penuh

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam menyusuri arus pembangunan bola sepak moden, pengadil tempatan perlu melengkapkan diri serta pengetahuan mereka.

"Mempunyai lesen pengadilan dariPersekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) masih belum cukup untuk seseorang pengadil bergerak seiring dengan perkembangan bola sepak dunia dan tiket sebagai pengadil di kejohanan peringkat antarabangsa," kata Subkidin Mohd Salleh yang pernah menggalas tanggungjawab mengadili kejohanan Bola Sepak Piala Dunia edisi 2010 di Afrika Selatan.

Beliau berkata seorang pengadil perlu berlari lebih pantas daripada pemain agar mampu sampai awal ke lokasi untuk membuat pengadilan bila berlaku sesuatu insiden dalam perlawanan.

"Oleh itu pengadil perlu ke gim dan mengambil makanan tambahan seperti pemain untuk tingkatkan stamina. Mereka juga perlu mengamalkan diet pemakanan seperti seorang pemain bola sepak profesional," katanya.

Selain itu Subkidin berkata beliau teruja apabila mendapati pengadil di luar negara merupakan profesion penuh.

"Daripada pemerhatian dan perbincangan saya bersama beberapa pengadil luar negara terutama dari negara Eropah, saya dapati mereka lebih hebat daripada kita kerana pengadil dijadikan sebagai kerjaya tetap di sana," katanya.

Kepada persoalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz berkata pelbagai usaha sedang dan akan dilakukan oleh FAM dalam usaha menjadikan profesion pengadil bola sepak sebagai satu kerjaya hidup.

"Salah satu daripada usaha yang dibuat oleh FAM adalah menambah bayaran bagi elaun makanan, elaun perjalanan, eluan penginapan dan elaun perlawanan secara tunai kepada pengadil perlawanan Liga Malaysia," katanya.

Beliau berkata FAM juga membuat ketetapan baru agar bayaran elaun tersebut tersebut dijelaskan secara tunai oleh pasukan tuan rumah sebaik tamat perlawanan dan bukan lagi melaluai FAM bagi mengelak masalah kelewatan pembayaran.

"Kita menyedari kepayahan dan pengorbanan yang dilaluai oleh pengadil tempatan yang terpaksa mengguna duit sendiri sebelum mendapat bayaran daripada FAM sebelum ini.

"Kerana minat, mereka (pengadil) bukan hanya mendahulukan duit sendiri tapi meningggalkan keluarga dan kadang-kandang terpaksa mengambil cuti dari majikan mereka," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan