Piala Malaysia: T'Team Susun Strategi Hadapi Selangor

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: T'Team menyusun strategi bagi menghadapi Selangor dalam pertemuan pertama pusingan kedua Kumpulan D kejohanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

"Kita mempunyai strategi tersendiri untuk mengalahkan Selangor dalam pertemuan Sabtu ini," kata jurulatih T'Team, Yunus Alif ketika ditanya tentang persiapan pasukannya untuk menentang Selangor nanti.

Dalam pertemuan pusingan pertama di Stadium Sultan Iamail Nasiruddin Shah pada 6 September lepas, T'Team mengalahkan Selangor 1-0.

Beliau berkata pasukannya perlu menang bagi memastikan kedudukan mereka yang kini berada di belakang pendahulu kumpulan, KL tidak tertinggal jauh.

KL memperolehi tujuh mata diikuti T'Team di tempat kedua dengan enam mata dan Selangor yang sekadar memungut empat mata berada di tempat ketiga selepas tamat pusingan pertama.

PDRM pula masih tidak memperolehi sebarang mata.

Yunus berkata T'Team akan bermain habis-habisan serta mengekang pergerakan pemain utama Selangor.

Nor Fadly Alias mungkin akan menjadi pemain merbahaya kepada pasukan Selangor kerana pemain pertahanan itu telah menjaringkan tiga gol dalam perlawanan Piala Malaysia setakat ini, katanya.

Beliau teruja dengan barisan pertahanan yang terdiri daripada Nor Fadly Alias, Sabri Sulong, Rosdi Talib dan Azizi Matt Rose yang telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan.

T'Team mungkin tidak akan membuat perubahan kesebelasan utama bagi memastikan Selangor terus tertekan dalam pertemuan itu nanti, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan