MAS Diminta Turut Bantu Bola Sepak Tempatan

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berharap Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia turut memainkan peranan aktif dalam pembangunan bola sepak tempatan.

Beliau berkata sepanjang pembabitan beliau bersama FAM sejak lebih sedekad lalu, sememangnya MAS pernah membuat tajaan namun dalam skala kecil di dalam pertandingan yang dianjurkan badan induk bola sepak negara itu.

"Kita seboleh mungkin mahu MAS memberi peluang yang sama, mungkin menaja pasukan bola sepak tempatan tertentu atau sekurang-kurangnya menubuhkan akademi bola sepaknya sendiri," katanya, Rabu.

Beliau mengulas pengumuman mengenai penglibatan dua syarikat penerbangan negara itu yang menaja jersi kelab bola sepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Barclay (BPL).

MAS dilaporkan menaja jersi OPR bagi perlawanan di tempat sendiri manakala tajaan AirAsia adalah bagi jersi perlawanan QPR di tempat lawan.

Raja Ahmad berkata sebenarnya langkah yang dibuat MAS itu mengejutkan banyak pihak kerana selaku penaja jersi pasukan yang bertanding dalam BPL memerlukan perbelanjaan yang besar.

Rakyat akan mempersoalkan kewajaran pelaburan itu kerana MAS sebelum ini kurang memberi perhatian kepada tajaan terhadap pembangunan bola sepak tempatan, katanya.

"Kita tidak mahu kelak ramai mempertikaikan penajaan MAS bahkan kita juga tidak mahu peminat tempatan mempersoalkan mengapa mereka melabur di BPL sedangkan di sini (Malaysia) GLC itu tidak berbuat apa-apa," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan MAS dan AirAsia membuat tajaan berkenaan tidak boleh dipertikaikan kerana ia sesuatu yang menguntungkan penjenamaan serta mengukuhkan kedudukan perkhidmatan mereka.

"Tajaan itu secara tidak langsung mampu melonjakkan jenama dua syarikat penerbangan negara di peringkat global, tetapi (MAS) sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu mula memainkan peranan dengan lebih aktif dalam pembangunan bola sepak tempatan".-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan