Kelantan Tewas 2-0 Kepada Felda United

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyandang juara Piala Malaysia edisi lepas, Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Felda United apabila tewas 0-2 pada perlawanan kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Rabu.

Ini merupakan kekalahan pertama Kelantan kepada Felda United sejak Disember 2007, dan merupakan kemenangan pertama skuad E. Elavarasan untuk memperkukuh kedudukan di tangga pertama kumpulan C dengan sembilan mata, tiga mata di depan Kelantan selepas tiga perlawanan.

Hujan yang berhenti sebelum tirai permainan bermula, nyata menyukarkan kedua-dua pasukan kerana terpaksa beraksi dalam keadaan padang basah apabila masing-masing mempamerkan permainan selamat yang diselangi beberapa percubaan mencipta gol, namun buntu sepanjang 20 minit babak pertama perlawanan.

Bagaimanapun, tuan rumah, Felda United bijak menggunakan peluang menerusi Faderin Kadir yang menyumbat kencang bola dari kiri gawang gol pada minit ke-36 akibat kekosongan benteng pertahanan, berpunca daripada bola muntah K. Rajan yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Kelantan Mohd Shahrizan Ismail.

Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Datuk M. Karathu menggandakan asakan demi asakan dan hampir menyamakan kedudukan hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha, namun tandukan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-39 sekadar melewati luar tiang gol.

Selang tujuh minit babak kedua, perlawanan terpaksa dihentikan selama lima minit ekoran tindakan penyokong membaling pelbagai objek ke dalam padang yang dipercayai hampir terkena pegawai perlawanan.

Gawang skuad The Red Warriors sekali lagi dibolosi apabila D. Saarvindran menyepak masuk bola dari jarak kira-kira 6 meter di luar kotak penalti hasil lorongan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-67.

Jaringan itu menyemarakkan lagi semangat pemain Felda United melancarkan beberapa serangan ke arah gawang Kelantan.

Peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-76 menerusi rembatan kencang Mohd Shakir Shaari, yang mengelirukan, dari luar kotak penalti namun Mohd Hamsani Ahmad cemerlang mengawal gawang gol Felda United.

Kelantan terus berusaha mencari gol saguhati, namun sekali lagi tuah tidak menyebelahi skuad kijang apabila Mohd Azamuddin Akil mensia-siakan peluang apabila menyepak keluar bola melepasi palang di depan gawang lawan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan