Liga Juara-Juara: Barca, Arsenal Sekadar Seri

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jurulatih Barca, Pep Guardiola kecewa selepas pasukan lawan menyamakan jaringan pada minit-minit akhir perlawanan.
Jurulatih Barca, Pep Guardiola kecewa selepas pasukan lawan menyamakan jaringan pada minit-minit akhir perlawanan.

PEMAIN pertahanan AC Milan, Thiago Silva meranapkan Impian Barcelona untuk mengutip mata penuh selepas menyamakan kedudukan 2-2 pada aksi Liga Juara-Juara (CL) Kumpulan H di Camp Nou, awal pagi Rabu.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri mempamerkan aksi menarik apabila membuka jaringan seawal minit pertama perlawanan dengan jaringan Pato sekaligus menyebabkan juara musim lalu itu terkedu dengan aksi garang Milan.

Namun kegembiraan pasukan Milan tidak berpanjangan apabila Pedro berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 sebelum David Villa menambah satu gol lagi pada babak kedua perlawanan (m-50).

Dengan kelebihan satu gol, skuad Milan tidak mudah menyerah kalah dan terus melakukan serangan sehingga Silva berjaya mengikat Barca pada minit ke-90 dengan tandukan menarik hasil daripakan sepakan sudut yang dilakukan oleh Clarence Clyde Seedorf.

Sementara itu, satu lagi perlawanan pada awal pagi ini menyaksikan Arsenal turut meraih seri, 1-1 ketika bertemu Borussia Dortmund bagi saingan Kumpulan F di Westfalenstadion.

Juara Jerman ini dilihat menguasai perlawanan sejak perlawanan dimulakan, namun penyerang The Gunners, Robin van Persie berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-42.

Namun dua minit sebelum masa perlawanan ditamatkan, Ivan Pericic berjaya menyamakan kedudukan sehingga tamat perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan