MAS & AirAsia Cipta Sejarah Dalam Liga Perdana Inggeris Bersama QPR

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan sama-sama menaja jersi Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Barclay (BPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

MAS akan menaja jersi pemain kelab itu bagi perlawanan di tempat sendiri dalam BPL itu, manakala tajaan AirAsia adalah bagi perlawanan QPR di tempat lawan dan jersi 'ketiga' pula bagi kedua-dua musim BPL yang serupa.

"MAS gembira dapat terlibat dengan peningkatan QPR ke Liga Perdana," kata Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof.

QPR, yang 66 peratus kepentingannya dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, akan memakai jersi baharu bagi permainan di tempat sendiri, yang dihias dengan logo MAS itu buat kali pertama dalam perlawanan menentang Newcastle United di Stadium Loftus Road lewat malam ini.

Penajaan itu dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah bolasepak profesional di dunia, yang menyaksikan dua syarikat penerbangan dari negara yang sama, bekerjasama menaja sebuah pasukan bolasepak, demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin. "Penajaan jersi QPR bagi perlawanan di tempat sendiri (oleh MAS), dan penajaan jersi bagi permainan di tempat lain oleh AirAsia itu merupakan yang pertama bagi Liga Perdana Inggeris.

"Ia juga bagi meraikan rangka kerja kolaborasi MAS dengan AirAsia baru-baru ini," kata Mohammed Rashdan.

Beliau berkata, penajaan itu yang merupakan inisiatif utama MAS dalam strategi pemasaran jenama baharunya akan membolehkan syarikat penerbangan nasional itu memperkukuhkan kedudukan perkhidmatan penuh dan francais premiumnya di peringkat global melalui peminat dan pencinta bolasepak dari selurun Eropah, Amerika, Asia Pasifik dan Australia.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, AirAsia juga berkata penglibatannya dengan sukan akan meningkatkan lagi kedudukan jenamanya memandangkan bolasepak merupakan sukan yang paling ramai penontonnya di seluruh dunia dan BPL pula diminati ramai di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard berkata: "Keupayaan memikat dua syarikat utama Asia untuk melibatkan diri bersama kelab bolasepak tersebut menunjukkan tarikan global yang ada pada QPR sebagai satu jenama. Beliau berkata, QPR amat positif tentang membina hubungan yang teguh dengan kedua-dua syarikat penerbangan untuk memperluas pendedahannya di Asia Tenggara dan selanjutnya.

"Ini merupakan kerjasama yang membanggakan bagi kelab ini dan membawa lebih banyak berita positif berikutan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam beberapa minggu sejak pengambilalihan," katanya.

Ini bukanlah kali pertama MAS menggembirakan peminat BPL di Asia.

Ia merupakan penyedia rasmi perkhidmatan carter udara bagi Jelajah Asia Manchester United pada 2005 dan 2007. Ia juga penyedia rasmi perkhidmatan carter bagi Jelajah Asia pasukan Chelsea pada 2008 dan tahun ini.

Satu lagi pasukan BPL, Arsenal, juga menaiki penerbangan carter Malaysia Airlines bagi jelajah Asianya tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan