Tevez Bukan Lagi Kapten Man City

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CARLOS Tevez (gambar)dilucutkan posisi sebagai kapten pasukan kerana dianggap tidak setia kepada Manchester City berikutan isunya ingin kembali ke Argentina, namun sehingga kini masih beraksi dengan kelab itu.

Pengurus pasukan, Roberto Mancini berkata, alasan dia dilucutkan sebagai ketua pasukan adalah jelas, dan lilitan kapten itu dipakaikan kepada pemain pertahanan, Vincent Kompany.

“Alasannya adalah mudah. Carlos ingin berpindah daripada 'keluarga' ini. Saya hormati keputusannya itu, tetapi sehingga kini dia masih bersama kelab kerana kami tidak dapat mencari jalan penyelesaian untuknya.

“Bagi kami dia adalah seorang pemain yang hebat, yang mampu menghasilkan 20 jaringan pada satu musim, namun saya telah membuat keputusan bahawa musim ini Vinnie akan mengambil alih tugas itu,” katanya.

Mancini berkata, Tevez menerima keputusan itu dan turut tidak membesarkan perkara ini kerana mahu menjaga hubungan dengan penyerang itu.

Tevez dijangka akan turut membarisi skuad utama menentang Wigan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu, namun Mancini berkata, senarai ini mungkin tidak kekal dan jangan mengharapkan untuk sentiasa berada dalam senarai utama.

“Musim ini akan berlaku begitu. Pada tiga perlawanan sebelum ini, saya meletakkan Sergio Aguero bersama Edin dan keputusan amat memberangsangkan. Saya tidak boleh menukarkan pemain begitu sahaja,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan