Jadual Suku Akhir & Separuh Akhir Piala M'sia Terpaksa Dipinda

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jadual perlawanan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia musim ini dipinda bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau Malaya menentang skuad Piala Dunia Australia di Sydney pada 7 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perlawanan suku akhir pertama dan kedua diubah kepada 10 Oktober dan 14 Oktober manakala perlawanan separuh akhir pertama dan kedua ditetapkan pada 18 Okt dan 22 Oktober. "Perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 29 Oktober," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JKPT di Wisma FAM di sini, Jumaat.

Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Datuk K.Rajagobal akan berada di Australia bagi mengikuti perlawanan tersebut dari 4 hingga 8 Oktober.

Selain itu, Hamidin berkata pemain yang terpilih untuk mewakili negara dalam Sukan Sea di Indonesia November ini perlu dilepaskan daripada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia oleh pasukan masing-masing, bagi membolehkan mereka beraksi dalam Piala VFF di Hanoi, Vietnam dari 17 hingga 24 Oktober.

"Mempertahankan pingat emas di Sukan Sea adalah mustahak bagi kita dan 'VFF Cup' di Hanoi merupakan persediaan bagi menghadapi temasya itu," katanya.

Malaysia meraih emas pada Sukan Sea di Laos dua tahun lepas.

Beliau juga mengingatkan semua persatuan bola sepak supaya menyelesaikan sebarang kes gaji atau elaun tertunggak sebelum 31 Oktober ini.

"Persatuan yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas iaitu tidak dapat bertanding (dalam liga Piala Malaysia) tahun depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan