Pemain NS Diminta Kekal Konsisten

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pemain Negeri Sembilan diingatkan supaya mengekalkan konsistensi dalam perlawanan seterusnya pada kempen Piala Malaysia musim ini bagi memastikan kejayaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kejayaan Negeri Sembilan menewaskan PKNS 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium MBPJ malam Selasa merupakan satu permulaan yang baik untuk pasukan itu musim ini.

"Saya rasa amat sukacita kerana kita dapat pungut tiga mata penuh," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mohamad yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan berkata perlawanan malam tadi menunjukkan pemain skuad Rusa mempamerkan komitmen tinggi.

"Walaupun kita kehilangan penjaga gol utama Mohd Farizal Marlias yang dilayangkan kad merah pada minit ke-53, tetapi kita dapat mengekang dan mengawal permainan daripada asakan lawan. Kita bernasib baik dapat memungut tiga mata penuh di tempat lawan," katanya.

Negeri Sembilan merupakan juara Piala Malaysia 2009 dan naib johan musim lepas.

Pada pusingan awal Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan diletakkan dalam Kumpulan B bersama Terengganu, PKNS dan Sime Darby.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan