Empat Pasukan Pilihan Kutip Mata Penuh

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan pilihan Kelantan, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan memulakan saingan Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan Selasa.

Juara bertahan Piala Malaysia edisi lepas, Kelantan menang mudah 2-0 terhadap Sarawak pada saingan kumpulan C yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

Rentak perlawanan pada babak pertama seimbang apabila kedua-dua pasukan mengawal kebocoran barisan petahanan masing-masing.

Namun pada separuh masa kedua, Norshahrul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan 'The Red Warriors' dengan gol sulung pada minit ke-64 dan diikuti gol kedua melalui S.Chanturu pada minit ke-79.

Dalam satu lagi saingan kumpulan C, Felda United turut mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Johor FC 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Faderin Kadir menjadi wira pasukan Felda United apabila menyumbang dua gol pada minit ke-44 dan 67.

Dalam saingan kumpulan B pula, Juara Piala FA musim lepas, Terengganu menepati ramalan apabila menumpaskan pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Sime Darby 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Skuad Penyu memperoleh gol pertama sewal minit ke-6 hasil jaringan Joseph Kalang Tie dan dikuti Reeshafiq Alwi pada minit ke-33.

Turut mengutip tiga mata penuh pada saingan kumpulan B naib juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan yang menewaskan Selangor PKNS 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

PKNS terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-8 hasil jaringan Mohd Norhafizzuan Jailani sebelum skuad rusa bangkit menyamakan kedudukan selang enam minit kemudian hasil jaringan Hairuddin Omar dan Shahurain Abu Samah menyumbang gol kemenangan pada minit ke-45.

Dalam perlawanan kumpulan D, Selangor yang memburu misi ke-33 mengejar Piala Malaysia kurang bernasib baik apabila tumpas 0-1 kepada pasukan tuan rumah T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Jaringan tunggal itu disumbangkan oleh Nor Fazly Alias pada minit ke-72 hasil hantaran Indra Putra Mahyuddin membolehkan pasukan tuan rumah memperoleh tiga mata penuh.

Satu lagi pasukan dalam kumpulan D, Kuala Lumpur membuat kejutan dengan kemenangan besar 3-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kesilapan pemain PDRM, Mohd Azrul Azman menjaringkan gol sendiri pada minit ke-44 memberi kelebihan kepada Kuala Lumpur untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-64 menerusi Badrul Hisyam Azmi diikuti Yong Kuang Yong (minit ke-76).

Sementara itu dalam perlawanan kumpulan A, Mohd Khairil Mohaimin menjadi wira Kedah apabila menjaringkan dua gol seawal minit ke-7 dan 80 untuk menewaskan Johor pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin.

Sabah dan Perak pula terikat seri tanpa jaringan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan