Wilshere Terpaksa Berehat Panjang

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wilshere (kiri) keluar padang selepas mengalami kecederaan sambil diperhatikan  pengurus pasukannya, Arsene Wenger.
Wilshere (kiri) keluar padang selepas mengalami kecederaan sambil diperhatikan pengurus pasukannya, Arsene Wenger.

PEMAIN tengah Arsenal, Wilshere terpaksa direhatkan sekurang-kurangnnya dua bulan selepas kecederaan yang dialaminya sejak Jun lalu kembali menghantuinya ketika beraksi menentang pasukan New York Red Bulls pada perlawanan Piala Emirates Arsenal, Ahad.

Pemain berusia 19 tahun itu dilihat sembuh penghujung Julai lalu, tetapi malangnya kecederaan buku lalinya itu masih berterusan.

Jurucakap pasukan berkata, Wilshere terpaksa berehat dalam tempoh yang agak panjang dan akan melihat keadaannya selepas itu.

Dengan itu juga Wilshere bakal terlepas perlawanan penting antarabangsa bersama pasukan England di Montenegaro pada Kelayakan Akhir Euro 2012 peringkat kumpulan bulan depan, selain perlawanan bersama kelab dalam Liga Juara-Juara (CL) serta Liga Perdana Inggeris (EPL).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan