Pemain T'Team Dibekalkan Pelbagai Motivasi Bagi Hadapi Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemain-pemain pasukan T'Team telah menjalani pelbagai kem motivasi bagi memupuk semangat juang dalam pertandingan Piala Malaysia yang akan bermula Selasa ini.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata yang terbaru hari ini pemain-pemain mengikuti kem pupuk semangat yang diberikan oleh pakar pemakanan dari Maktab Perguruan Besut, Ishak Ismail.

"Selain itu pemain-pemain juga mengikuti kuliah agama untuk memantapkan jati diri mereka," katanya kepada Bernama, Ahad.

Menurutnya ini kerana pihaknya bimbang kerana dalam pertandingan Piala Malaysia sebarang kemungkinan boleh berlaku selain mengubah sikap pemain supaya lebih positif.

Yunus berkata dalam pertandingan Piala Malaysia nanti, T'Team bermain dalam kumpulan yang seimbang iaitu kumpulan D terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur, PDRM, dan menurutnya dua pasukan teratas kumpulan itu akan layak ke pertandigan suku akhir.

Beliau berkata T'Team akan memulakan kempen kejohanan itu dengan menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah disini pada 6 September ini dan menurutnya semua pemain T'Team kini kelihatan bersemangat tinggi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan