Bola Sepak: Skuad Olimpik Ada Dua Perlawanan Persahabatan Sebelum Jumpa Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad bola sepak Olimpik Malaysia akan mengadakan dua perlawanan persahabatan sebelum menghadapi Jepun pada perlawanan pertama pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 pada 21 September ini.

Jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, berkata perlawanan persahabatan itu membabitkan kelab Iraq, Al-Arbil pada 9 September dan skuad Olimpik Oman pada 14 September di Kuala Lumpur.

"Saya akan menilai prestasi pemain pada perlawanan persahabatan itu untuk menentukan sama ada membawa 18 atau 21 pemain ke Jepun nanti," katanya kepada pemberita pada sesi latihan pusat yang bermula hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, Khamis. Malaysia diundi dalam Kumpulan C bagi pusingan ketiga kelayakan zon Asia bersama Jepun, Syria dan Bahrain.

Sementara Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Oman diundi dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Australia, Iraq, Uzbekistan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sebelum ini, skuad tersebut baru-baru ini mengadakan sesi latihan dan perlawanan persahabatan selama sebulan di Slovakia.

Dalam tujuh perlawanan persahabatan di Slovakia, pasukan negara menang lima perlawanan iaitu mengatasi Moldava 1-0, Topolcany 2-1, Mikulas 2-1, Dolny Kubin 2-0 dan Levice 1-0.

Skuad negara kalah dua kali kepada kelab Hungary, Budapest Honved 1-4 dan kelab Liga Corgon Slovakia, FC Nitra 0-1.

Ong berkata setiap aspek kelemahan yang dilihat sepanjang perlawanan persahabatan di Slovakia akan turut diperbaiki sebelum bertemu kelab Al-Arbil dan skuad Olimpik Oman itu.

"Pemain banyak belajar sepanjang berada di Slovakia...tidak kira perlawanan yang kita menang atau kalah," katanya.

Senarai 22 Pelatih Skuad Olimpik: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohd Azrif Nasrulhaq, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin, Ahmad Hazwan Bakri.

Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir.

Mohd Izham Tarmizi, Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, Syahrul Azwari Ibrahim, Thamil Arasu Ambumamee, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan