Man City Hadapi Tugas Sukar

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Manchester City diundi berada dalam ‘kumpulan maut’ Kumpulan A bersama Bayern Munich, Villarreal dan Napoli bagi memulakan saingan Liga Juara-Juara (CL) musim ini.

Persaingan peringkat kumpulan ini dianggap ujian besar kepada pengurus City, Roberto Mancini dalam menghadapi saingan yang bakal membuka tirai pada 16 September ini.

Sementara itu, pasukan Chelsea yang baru mengikat Juan Mata bakal berdepan dengan Valencia, Bayern Leverkusen dan Genk dalam Kumpulan E yang turut menyaksikan sentuhan pertama pengurus baru, Andre Villa-Boas di Stamford Bridge.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United diundi bersama pasukan Benfica, Basel dan Otelul Galati untuk Kumpulan C.

Arsenal yang kehilangan dua tonggak utama mereka, Cesc Febragas dan Samir Nasri musim ini berada dalam Kumpulan F bersama Marseille, Olympiacos dan juara Jerman Borussia Dortmund.

Manakala Kumpulan H menyaksikan juara CL musim lalu, Barcelona akan bertemu dengan juara tujuh kali AC Milan, Bate Borisov dan Viktoria Plzen.

Selain itu bagi Kumpulan G menyaksikan Porto bersama Shakhtar Donetsk, Zenit St Petersburg serta Apoel. Kumpulan D pula diwakili pasukan Real Madrid, Lyon, Ajax dan Dinamo Zagreb.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan