Liverpool FC Jadi Rakan Program Akademi KLFA

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kini dalam fasa terakhir untuk memeterai perjanjian dengan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC, sebagai rakan program akademi bolasepaknya.

Presiden KLFA Datuk Astaman Abdul Aziz berkata perjanjian yang dijangka akan ditandatangani awal November itu hanya akan berjaya jika KLFA berjaya mendapat penaja untuk keseluruhan program itu.

"KLFA kini dalam rundingan terakhir dengan beberapa penaja untuk menyusun satu pelan kewangan jangka panjang untuk membantu perjalanan akademi dan perbelanjaan saingan liga Super," katanya pada majlis penyerahan geran tahunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada KLFA di sini Jumaat.

Beliau berkata jika kerjasama rakan program akademi bola sepak antara Liverpool dan KLFA berjaya, ia adalah julung kali Liverpool mempunyai akademi latihan di luar England.

Mengulas mengenai akademi tersebut Astaman berkata akademi yang terletak di Taman Melati, dekat sini, telah siap sepenuhnya dan dijangka mula beroperasi pada Januari 2012.

"Sebagai satu akademi yang baru ditubuhkan, kita akan bermula secara kecil sesuai dengan kemampuan infrastruktur yang ada," katanya.

Sementara itu, Astaman berterima kasih dengan sumbangan geran tahunan daripada DBKL berjumlah RM350,000 untuk membantu menyelesaikan sol bayaran gaji pemain dan pegawai KLFA yang tertunggak selama tiga bulan.

"Walaupun jumlah yang diterima kurang dari peruntukan biasa pada tahun-tahun sebelum ini, KLFA memahami komitmen DBKL untuk pembangunan program rakyat yang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan