FAM Tunggu Jawapan Penangguhan Tarikh Menentang Syria

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia masih menunggu jawapan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung penangguhan perlawanan kelayakan Olimpik antara skuad negara menentang Syria pada 23 November ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya telah mengutuskan surat kepada Syria dan memaklumkan kepada AFC namun masih belum menerima jawapan rasmi dari negara Teluk itu.

Malaysia sebelum ini memohon penangguhan agar perlawanan tersebut dilewatkan sehari kepada 24 November bagi memberi laluan kepada temasya Sukan SEA di Indonesia yang akan berlangsung dari 11-22 November.

"Kita sudah memberitahu kedudukan yang sebenarnya kepada Syria. Bagaimanapun secara lisan saya difahamkan bahawa pihak Syria ada memberi pembayang kepada pihak AFC bahawa mereka akan memenuhi permintaan Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Terdahulu, skuad Olimpik kendalian Ong Kim Swee diberi tanggungjawab untuk memikul kedua-dua tugasan iaitu saingan Sukan SEA dan kelayakan Olimpik kumpulan zon Asia.

Pada Sukan SEA nanti acara bola sepak dimulakan pada 7 Nov dan perlawanan akhir pada 22 November.

Mengikut jadual asal, Malaysia akan berdepan Syria pada 23 Nov dan bertemu Bahrain pada 27 November.

Azzuddin berkata penundaan sehari itu memadai kerana mengikut peraturan pertandingan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pemain mesti mempunyai 48 jam rehat selepas perlawanan antarabangsa.

"Jadual dalam kumpulan ini (kumpulan C) telah diaturkan lebih awal, kita tidak boleh meminta penundaan yang panjang oleh kerana ia ada hubungkait dengan dua perlawanan yang lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin berkata pihaknya telah memberi jawapan kepada Australia yang FAM akan menerima undangan mereka dalam perlawanan persahabatan pada 7 Oktober ini, di sini.

"Kita telah menerima undangan dari Australia itu dua hari yang lalu dan saya telah berbincang dengan jurulatih, Datuk K.Rajagobal dan juga pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal.

Katanya perlawanan persahabatan ini merupakan satu penghormatan kerana Australia merupakan salah satu pasukan dalam 16 kumpulan terbaik Asia bagi saingan Piala Dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan