Nur Hadi Sempat Beraya Di Kampung

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Penjaga gol skuad bola sepak negara, Nur Hadi Ubaidillah yang kini menerima rawatan di Hospital Shenzen di sini akibat kecederaan dijangka sembuh sepenuhnya dalam beberapa hari lagi serta sempat untuk pulang ke tanah air untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Penjaga gol simpanan skuad Kelantan itu mengalami kecederaan dalaman ketika beraksi menentang Kanada pada saingan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12 pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade), Sabtu lepas.

Ketua pasukan perubatan kontinjen negara ke Universiade, Dr Abdul Halim Mokhtar berkata kecederaan Nur Hadi tidak begitu membimbangkan dan dijangka sembuh dalam beberapa hari lagi.

"Setelah berbincang dengan pegawai perubatan Hospital Shenzhen semalam, saya dimaklumkan bahawa kesihatan Nur Hadi semakin pulih," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sekiranya Nur Hadi tidak dibenarkan pulang bersama kontinjen lain yang mula berangkat mulai esok, seorang pegawai sekretariat akan menemaninya sehingga sembuh.

"Saya fikir tidak perlu untuk kita tempatkan seorang pegawai perubatan dari kontinjen negara menemani Nur Hadi kerana Hospital Shenzhen mempunyai doktor pakar yang berkebolehan," katanya.

Abdul Halim berkata pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa jika pihak hospital masih belum membenarkan Nur Hadi keluar dari hospital untuk pulang bersama atlet lain pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan