Statistik Perlawanan Manchester Utd - Tottenham Hotspurs Awal Pagi Selasa

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KECEDERAAN dua tonggak utama Manchester United iaitu kapten pasukan, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand merupakan masalah besar buat juara Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan menentang Tottenham awal pagi Selasa. Bagaimanapun, ini bermakna, pemain yang baru dibeli dari Blackburn, Phil Jones berpeluang untuk berpasangan dengan rakan sepasukannya dalam skuad Bawah 21 Tahun England, Chris Smalling di tengah pertahanan United bersama-sama seorang lagi pemain muda, Jonathan Evans.

Mereka bernasib baik kerana pemain berpengalaman, Patric Evra akan diturunkan dalam perlawanan ini bagi melengkapkan empat barisan pertahanan United.

Setelah mengharungi dua perlawanan iaitu menentang Manchester City dalam perlawanan Piala Sumbangsih dan kemudian diikuti dengan perlawanan pertama liga menentang WBA minggu lalu, Sir Alex Ferguson kali ini benar-benar akan menguji barisan pertahanan mudanya dalam ertikata yang sebenar kerana mereka akan diturunkan sebagai kesebelasan utama buat pertama kalinya.

Dalam dua perlawanan sebelum ini, mereka hanya diturunkan sebagai pemain simpanan.

Dalam sejarah pengurusan Ferguson, beliau telah mengenegahkan bakat-bakat muda yang luar biasa dengan melahirkan David Beckham, Gary dan Phil Neville, Nicky Butt, Paul Schole dan Ryan Giggs.

Kini beliau dalam proses kedua melahirkan bakat-bakat muda generasi seterusnya melalui Danny Welbeck, Jonathan Evans, Tom Cleverley, Da Silva bersaudara, Chris Smalling, Phil Jones, De Gea dan Macheda.

Kesemua mereka masih di bawah paras umur 21 tahun.

Spurs pula, di sebalik segala ketidaktentuan ke atas pemain tengah, Luka Modric dan gangguan rusuhan di kota London beberapa minggu lalu menjejaskan persiapan mereka, telah menumpaskan kelab dari Scotland, Hearts 5-0 dalam saingan Liga Eropah malam Khamis lalu.

Semua akan ternanti-nanti sejauh manakah Spurs akan menangani isu Luka Modric ini dalam berhadapan dengan United.

Berikut adalah statistik perlawanan antara United dan Spurs:

Hos: Old Trafford, Manchester

Tiket: Habis dijual

Perlawanan musim lalu: Manchester Utd 2 Tottenham 0

Pengadil: Lee Probert

Kebarangkalian: Manchester Utd menang.

BARISAN UNITED: De Gea, Smalling, Jones, Evans, Evra, Nani, Anderson, Carrick, Young, Rooney, Berbatov.

Simpanan: Kuszczak, Lindegaard, Cleverley, Fábio, Gibson, Park, Giggs, Welbeck, Macheda, Diouf, Hernández

Diragui kecergasan: Hernández dan Evra

Masih tercedera: Ferdinand (hamstring), Fletcher (sakit), Owen (sakit belakang), Valencia (buku lali), Vidic (betis), Rafael (bahu)

Digantung perlawanan: Tiada

SPURS: Gomes, Assou Ekotto, Kaboul, Dawson, Corluka, Bale, Modric, Huddlestone, Lennon, Defoe, Van der Vaart

Simpanan: Cudicini, Friedel, Walker, Bassong, Bentley, Livermore, Townsend, Kranjcar, King, Pavlyuchenko, Crouch.

Diragui kecergasan: Crouch (buku lali), King (lutut), Huddlestone (buku lali), Modric (paha)

Masih tercedera: Hutton (lutut), Rose (buku lali), Jenas (achilles), Palacios (lutut), Pienaar (groin), Gallas (paha), Sandro (lutut)

Digantung perlawanan: Tiada

Lain-lain fakta menarik:

• United belum pernah tewas dalam 20 perlawanan terakhir Liga menentang Tottenham, memenangi 15 daripadanya.

• Kemenangan terakhir perlawanan liga Tottenham ke atas United di Old Trafford ialah pada bulan Disember 1989, apabila Gary Lineker menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan itu.

• United hanya mampu melakukan satu sepakan menepati sasaran dalam perlawanan menentang West Bromwich Albion minggu lepas tetapi masih mampu mencatat kemenangan 2-1.

• Empat daripada jaringan utama Jermain Defoe musim lalu dilakukan di luar kotak penalti.

• United memperolehi 55 mata daripada maksimum 57 di tempat sendiri sepanjang musim lalu, satu rekod yang sukar digugat oleh mana-mana pasukan pun.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan