Arsenal Terlepas Peluang Rekrut Gonzalez

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL terlepas peluang untuk merekrut pemain tengah dari Marseille, Lucho Gonzalez, menurut pengurus Ligue 1, Didier Deschamps.

Gonzalez, 30, sebelum ini dikhabarkan akan berpindah ke kelab lain. Bagaimanapun Deschamps mendedahkan di sidang akhbar bahawa Arsene Wenger gagal membawa pemain itu ke The Emirates.

"Saya bercakap dengan Wenger dan dia hanya berminat kepada Lucho Gonzalez. Arsene Wenger yakin dia ialah pemain hebat yang sangat berguna kepada pasukannya tetapi tidak memenuhi syarat polisi perekrutan.

"Dia ingin meminjam khidmat Gonzalez tetap ia tidak dapat kami terima. Tidak terdapat apa-apa perundingan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan