Bola Sepak: Perak Yakin Suntikan Tiga Pemain Pinjam

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) yakin prestasi pasukan Perak bagi menghadapi kancah Piala Malaysia akan lebih mantap dan bertenaga dengan suntikan 'vitamin' tiga pemain yang dipinjam bagi menyarung jersi skuad Seladang.

Tiga pemain yang akan membantu Perak mengharungi kempen Piala Malaysia bermula 6 September ini ialah penjaring terbanyak Universiti Sains Malaysia (USM) Mohd Failee Mohd Ghazli, pemain Perlis Mohd Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda Muhammad Rafiuddin Roddin.

Ketiga-tiga mereka dikatakan semakin serasi dengan pemain-pemain sedia ada serta mempamerkan persembahan mantap dalam tiga perlawanan persahabatan lalu, kata Pengurus Pasukan Perak Khairul Azwan Harun.

Dalam tiga perlawanan ujian yang diadakan sejak penyertaan mereka, Perak menewaskan Tentera 4-1, Polis 5–0 dan TLDM 6–0.

Perak kehilangan lima tonggak utamanya yang digantung tujuh perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 18 Julai lepas.

Mereka yang digantung ialah ketua pasukan Shahrulnizam Mustapha, penjaring terbanyak Akmal Rizal Ahmad Rakhli, penjaga gol utama, Mohd Nasril Nourdin serta dua tonggak bahagian tengah, Mohd Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff.

Perak pernah menjuarai piala berprestij itu sebanyak tujuh kali sejak diperkenalkan pada tahun 1921 iaitu pada 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 dan 2000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan