Tony Fernandes Semakin Hampir Beli QPR

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes semakin hampir membeli 51 peratus saham kelab Bola Sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), menurut beberapa laporan.

Beliau dilaporkan bakal membeli saham pemilik Formula 1 Bernie Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR pada kira-kira $196 (RM583) juta dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah lama mahu menjualnya.

Manakala Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

Wall Streets Journal hari ini melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu.

Jika urus janji itu berjalan lancar, Fernandes akan menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambilalih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan beberapa pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

Harganya masih belum jelas, walaupun kalangan yang tahu mengenai perjanjian itu berkata Fernandes tidak akan membayar £100m (RM488 million) sepertimana yang diinginkan oleh Ecclestone.

Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.

Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.

Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak US$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.

Bidaan terbaru Fernandes itu telah menarik minat di kalangan tokoh tempatan di sini.

Antara mereka ialah anggota Parlimen Rembau dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Khairy Jamaluddin yang menulis dalam twitternya: "Tan Sri Tony Fernandes, Sekarang anda sudah miliki QPR, bolehkah anda bawa pulang Safee Sali (pemain bola sepak kebangsaan) untuk bermain dalam liga perdana?

Safee kini merupakan pemain bola sepak tunggal dari Malaysia bermain dengan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan