Robbie Keane Sertai Los Angeles Galaxy

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG prolifik dan paling banyak berpindah randah Robbie Keane dari Tottenham Hotspur telah menandatangani kontrak untuk bermain bersama David Beckham di Los Angeles Galaxy, Amerika Syarikat.

Kapten pasukan kebangsaan Republik Ireland itu berkata, perbincangannya dengan David Beckham ketika bekas pemain itu datang berlatih bersama Spurs musim lalu adalah kunci utama yang membawanya Galaxy.

Peraturan yang ditetapkan oleh Liga Major League Soccer (MLS) hanya membenarkan setiap pasukan memiliki tiga pemain berpendapatan tinggi dan Galaxy sudah pun memiliki Beckham, Landon Donovan dan Juan Pablo Angel tetapi bekas penyerang Aston Villa itu kini sedang dalam rundingan terakhir untuk memohon agar dia dilepaskan.

Keane, 31, telah bermain sebanyak 254 kali bersama Tottenham dari tahun 2002 hingga 2008, yang turut menyaksikan dia menjaringkan 107 gol.

Dia kemudiannya dibeli oleh Liverpool pada harga £20 juta tetapi selepas enam bulan kembali ke Spurs selepas gagal membuat impak di Anfield.

Keane bermain secara regular di bawah bimbingan Harry Redknapp pada musim pertamnya selepas kembali dari Liverpool namun selepas kedatangan Rafael van der Vaart, dia mendapati, peluangnya untuk beraksi semakin tipis dan musim lalu telah dipinjamkan ke West Ham.

Galaxy bakal menjadi kelabnya yang ke sembilan sepanjang karier profesionalnya sebagai pemain bolasepak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan