Hadi Yahya Tekad tebus Kekecewaan

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penyerang berbisa Terengganu Abdul Hadi Yahya bertekad membantu Terengganu memburu Piala Malaysia.

Menurutnya sewaktu mewakili pasukan kebangsaan baru-baru ini persembahannya kurang memberangsangkan dan pada saingan Liga Malaysia adalah peluang terbaik untuk menebus kekecewaan lalu.

Katanya semua pasukan yang layak bersaingan pada saingan Liga Malaysia adalah pasukan yang bagus dan rata-rata pernah menjuarai Piala Malaysia.

"Semua pasukan bertanding masing-masing punya kelebihan tersendiri dan jangan ambil mudah dengan setiap lawan yang akan ditentang," katanya, Selasa.

Menurut anak kelahiran Klang, Selangor ini, Terengganu mempunyai kelebihan dengan tujuh orang pemain Terengganu telah mewakili pasukan negara.

"Ramai pemain Terengganu mempunyai pengalaman setelah beraksi bersama pasukan negara dan diharap pengalaman itu dapat digunakan sepenuhnya bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang berlansung pada bulan September ini," katanya.

Abdul Hadi yang juga merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super musim lepas berharap dapat mengulangi lagi kejayaan manis itu.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan